5 CARA SIMPAN EMAS DENGAN SELAMAT

1. Simpan di Tempat Yang Hanya Tuan Rumah Tahu

Jika anda menyimpan emas di rumah, pastikan anda sorok emas itu di tempat yang orang takkan terfikir ada barang bernilai di situ. Elakkan tempat yang menjadi sasaran pencuri seperti dalam laci, dalam almari dan bawah tilam.

Selain itu, jangan simpan emas selonggok di satu tempat. Simpan di beberapa tempat. At least, bila berlaku kejadian tak diingini, anda dapat meminimumkan kehilangan emas.

2. Simpan di Peti Keselamatan di Bank atau Syarikat Swasta

Kalau takut simpan di rumah, anda boleh consider simpan di peti keselamatan di bank atau syarikat swasta. Cuma cara ini kurang sesuai jika jumlah gram emas yang hendak disimpan kecil kerana servis ini ada caj simpanan bulanan atau tahunan.

Contohnya di bawah Public Gold, ada servis simpanan emas fizikal di Public Safe (Penang)

Anda juga boleh buat simpanan di peti simpanan bank

Cara ini lebih selamat dan boleh membuatkan tidur malam anda lebih nyenyak!

3. Simpan Emas di Pejabat

Ini nampak macam tak masuk akal. Ramai tak perasan, bilik di pejabat boleh dijadikan tempat percuma dan selamat untuk simpan emas anda.

Tapi pastikan pejabat yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti ada kamera CCTV, ada pak guard dan bilik yang boleh diakses dengan kunci atau kad. Jika tiada ciri-ciri ini, tak sesuai simpan di pejabat.

4. Simpan Dalam Akaun Emas

Ini paling selamat dan jimat poket. Simpan emas anda dalam bentuk akaun emas.

Public Gold ada menawarkan simpanan emas secara percuma iaitu dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP). Dengan GAP, anda boleh simpan secara percuma, jual beli emas secara online dan boleh tebus emas fizikal mengikut saiz yang anda mahu. Ianya fleksibel.

5. Simpan Dalam Peti Keselamatan Safe Box

Safe box merupakan peti keselamatan yang boleh digunakan untuk menyimpan barang berharga seperti passport, barang perhiasan, jam tangan dan emas simpanan. Biasanya safe box mempunyai ciri keselamatan seperti pass code dan material dan teguh, kalis api dan boleh dilekat pada dinding.

One Response

  1. Peti besi tu menarik! Boleh la cuba akan datangg nanti. Takyah pening pening kepala dah mana nak simpan barang kalau tengah on vacation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *